Sekadar Renungan dan Panduan Hati

Firman Allah s.w.t:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” Al-Hujuraat ayat 12

Rasullullah s.a.w. bersabda :


“Wahai golongan orang-orang yang telah beriman lidahnya, tetapi belum beriman pula hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslimin dan jangan pula mengintip-intip keaiban-keaibannya. Sebab barangsiapa yang mengintip keaiban saudaranya, niscaya Allah akan mengintip keaibannya, dan siapa yang Allah mengintip keaibannya, nescaya Dia akan mendedahkannya, meskipun ia berada di tengah-tengah rumahnya.”


Rasulullah s.a.w. bersabda :


“Setiap orang Muslim atas Muslim yang lain haram darahnya (tidak boleh membunuhnya tanpa hak), haram hartanya (tidak boleh merampasnya) dan haram kehormatannya (tidak boleh mengumpatnya).”

PGSM kesal kenyataan Menteri Dalam Negeri

Apa punya turrrr la si Menteri Dalam Negeri ni. Tak bagi orang jalankan hukuman sebab tak dak tukang sebat. Ish... cuba hang pa pikiaq tengok seorang menteri yang berkuasa dalam hal ehwal dalam negeri tak tau ada atau tidaknya tukang sebat. Lawak bodoh betul la anak Tun Hussein ni. Dah hukuman tu termaktub dalam enakmen jenayah syariah, mesti la ada yang akan jalankan tugas yang diamanahkan. Yang tu maksud yang tersurat, tapi yang tersirat sapa tau yer tak. Hmmmmm....aku rasa la.... memang depa ni semua tak mau Si Kartika tu disebat, sebabnya depa takut kena sebat jugak....tak pun depa takut anak cucu depa kena sebat.

Tidak benar negara ini tidak mempunyai kemahiran melaksanakan hukuman sebat seperti kehendak syariah kerana ia pernah dilaksanakan di Kelantan, kata Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) hari ini.

"Pada April lalu, satu persidangan anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mendengar makluman daripada pegawai-pegawai penjara yang menyatakan bahawa mereka telah dilatih untuk melakukan hukuman sebatan ini dan bersedia sekiranya ada apa-apa hukuman dan mereka akan laksanakan," kata Presiden PGSM Mohamad Isa Abdul Ralip dalam satu sidang media.Beliau mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein kelmarin yang menyebut bahawa hukuman ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno tidak dapat dijalankan kerana tiada jurusebat untuk menjalankan hukuman berkenaan.Mohamad Isa menambah, kegagalan melaksanakan hukuman tersebut berpunca daripada "kelemahan" Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana enakmen syariah Pahang telah lama berkuatkuasa dan mahkamah tentu mengetahui wujudnya kepakaran itu."Pihak mahkamah syariah Kuantan pula mengeluarkan perintah tersebut, mereka tentu sudah tahu (ada tukang sebat). Takkanlah lepas jatuh hukuman baru nak cari tukang sebat?" katanya."Kita kena tengok juga enakmen pentadbiran undang-undang Islam di negeri Pahang ini sudah lama, sejak 1987 lagi, tentang sebatan dan prosedur pelaksanaan hukum sebatan ini. "Tidakkan selama ini KDN tidak menyedari tidak ada tukang sebat. Sebab itulah kami kecewa dengan kenyataan (Hishammuddin) tersebut," tambahnya.

Jelasnya, hukuman sebat secara syarie pernah dijalankan di Kelantan beberapa tahun lepas di penjara Pengkalan Chepa.PGSM yang bergabung dalam Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela) mengadakan sidang akhbar khas di Kuala Lumpur sebagai reaksi kepada kenyataan beberapa pihak berhubung hukuman terhadap model sambilan itu.Selain PGSM, Pembela turut disertai antaranya Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM).

Ketika dihubungi Malaysiakini selepas itu, seorang kakitangan Jabatan Penjara Kelantan mengesahkan sebatan secara syarie pernah dijalankan di penjara di negeri itu.Beliau, yang enggan dikenali, bagaimanapun tidak dapat menyatakan tahun ia dilaksanakan tetapi yakin ia melibatkan seorang pesalah lelaki."Kalau ikut peraturan kita (peringkat persekutuan), memang tidak boleh sebat orang perempuan. Tapi kalau mahkamah syariah kata boleh, bolehlah," katanya lagi.Ditanya sama ada penjara menyediakan kakitangan khas untuk menyebat pesalah wanita, sumber itu berkata: "Setakat ini kita tidak ada tukang sebat untuk pesalah wanita."
Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/111577
Usaha UMNO Supaya Orang Bukan Islam Menjauhi PAS

Umno-BN terlalu bimbang akan perkembangan mutakhir ini yang melibatkan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat yang amat luar biasa. Kebanyakan rakyat tanpa takut dan segan lagi menghadiri program yang dianjurkan PR. Khususnya PAS yang mempunyai dasar Islam dan ingin menegakkan keadilan dan kebajikan untuk semua rakyat Malaysia. Sebab Islam tidak menganjurkan umatnya memperjuangkan bangsa semata-mata, namun Islam mengajak kepada global. Islam adalah untuk semua.

Selepas PRU 12, kaum-kaum bukan Melayu berduyun-duyun mendekati PAS-PR. Sehinggakan tertubuhnya Kelab Penyokong PAS (KPP). Dianggarkan ahli KPP kira-kira 20,000 orang telah disertai oleh rakyat pelbagai kaum (Cina dan India).

Perkembangan terbaru, PAS dijangka akan meletakkan calon daripada kalangan KPP dalam PRU 13 akan datang.

Perjuangan PAS selama ini sering disalah anggap dengan ekstrimis, ganas, dan keras. Selama PAS ditubuhkan, Umno-BN sentiasa "menyerang" PAS dengan pelbagai dakyah kotor.

Umno berusaha bersungguh-sungguh agar rakyat takut untuk bersama dengan PAS. Umno cuba gambarkan yang PAS adalah parti ustaz-ustaz yang taksub, jumud dan ekstrimis. Gambaran itu juga dibuat agar masyarakat bukan Islam menjadi takut untuk mendekati PAS.

Sehinggakan di Terengganu, dalam pilihanraya yang lepas-lepas, ada tertampal poster karikatur kartun orang PAS sedang mengejar orang Cina dengan parang. Seolah-olah ingin mengkhatankan orang Cina tersebut.

Begitu kotornya pemikiran orang Umno. Mengada-adakan benda yang tidak berlaku. Kononnya PAS akan memaksa orang bukan Islam masuk Islam dan sebagainya. Padahal dalam sejarah Islam ketika terbinanya kerajaan Islam pertama di Madinah, rakyat Madinah yang berbilang kaum hidup aman sentosa di bawah pemerintahan Islam yang dipimpin oleh Rasulullah. Orang yang bukan beragama Islam tidak sedikit pun dipinggirkan bahkan hak-hak mereka diberikan dan keadilan untuk mereka juga dilaksanakan.

Namun sekarang, sejak PRU 12, orang bukan Islam (Cina dan India) mulai faham dengan perjuangan PAS. Mereka sudah berani mendekati PAS, bahkan menyuarakan ingin menyertai PAS dengan beramai-ramai.

Ketika pilihanraya, mereka tidak segan dan takut bersama-sama berkempen untuk memenangkan calon PAS. Bahkan ada dikalangan mereka memakai baju yang tertera "saya sokong tok guru". Dan lebih mengharukan lagi, mereka tidak segan menaikkan bunting dan banner yang tertera "Parti Islam Semalaysia PAS". Lebih terangsang lagi, mereka ini turut sama bertakbir bersama-sama dengan penyokong PAS yang lain. Cukup terkesan dakwah dalam PAS.
Namun, dalam diam, rupa-rupanya ada juga orang yang mengaku Islam, muka Islam, nama Islam tidak senang duduk. Mereka runsing dengan perkembangan ini. Mereka merasa boleh mendatangkan kesusahan kepada mereka dan politik mereka.

Mereka cukup takut orang Cina dan India telah mendekati PAS dan dalam masa yang sama boleh menyertai PAS. Mereka seperti dirasuk, cuba menjalankan kerja jahat mereka untuk menjauhkan orang bukan Islam dengan perjuangan PAS.

Secara tidak sengaja mereka ini cuba menyekat kerja-kerja dakwah ke arah perkembangan Islam. Alangkah malangnya ada juga manusia sejenis ini di dunia mutakhir ini. Mereka ini cuba menghalang orang bukan Islam memahami Islam. Alangkah berdosanya kita menyekat orang bukan Islam untuk menyertai perjuangan Islam. Tunggu dakwaan ke atas mereka di hari Akhirat.

Dalam kes arak di Selangor, mereka yang bertopengkan Islam ini cuba mencipta kebencian orang bukan Islam terhadap tindakan PAS menghalang penjualan arak di premis-premis yang berada di kawasan majoriti orang Islam.

Mereka ini cuba melaga-lagakan PAS dan orang bukan Islam dengan kononnya mereka bersama-sama dengan PAS dalam tindakan itu.

Mereka juga cuba memprovokasi yang PAS tidak tegas dalam melaksanakan hukum Islam akhir-akhir ini agar orang bukan Islam kembali takut dengan PAS. Mereka cuba mengada-adakan benda yang tiada agar orang Cina akan bermusuhan dengan PAS.

Mereka juga mengharapkan penyokong-penyokong akar umbi PAS merasa marah dengan pemimpin atasan yang ingin menerima KPP sebagai ahli PAS. Konon ianya boleh merosakkan PAS. Cuba memprovokasi yang PAS sanggup terima DAP sebagai rakan kongsi sedangkan Umno yang dakwanya Islam dipinggirkan. Mereka memang berusaha untuk memporak perandakan PAS-PR agar kedudukan mereka tidak tergugat.

Betapa jahatnya manusia yang bertopengkan Islam ini tapi menghalang kerja-kerja Islam. Manusia jenis ini sepatutnya dihapuskan di bumi kita ini.

Itulah rupa Umno yang kononnya memperjuangkan Islam dan kesucian Islam. Tapi tindakan mereka tidak menyerupai orang Islam.

Kepada orang yang mengaku Islam, hindarilah daripada bersekongkol dengan Umno jika tidak ingin terjebak dalam dosa yang merosakkan amal kebajikan kita selama ini. Jangan kerana kepentingan sementara, kita sanggup menjadi penyokong kepada gerakan yang menyekat perkembangan Islam di Malaysia. Kerana Allah akan melaknati orang-orang yang menjual ayat-ayat (ajaran Islam) dengan harga yang murah.

ISLAM for ALL
PAS for ALL
Sumber : http://warkahdaily.blogspot.com/2009/08/umno-berusaha-agar-orang-bukan-islam.html
Berzina Kerana Ikhlas

Hang pa baca la ertikel nih....alahai ...apa nak jadi la dengan umat islam sekarang....ish ish ishhhhhh

Seorang remaja yang menamakan dirinya Yang Ikhlas telah menghantar satu surat kepada Dr Danial Zainal Abidin baru-baru ini. Antara isi surat itu ialah: Dr. Danial yang dihormati. Saya telah bercinta dengan seorang wanita. Demi cinta kami telah berzina. Tetapi saya tidak rasa bersalah sebab saya ikhlas dengannya. Saya hendak mengambilnya sebagai isteri saya. Saya tidak bertujuan untuk mempermainkannya. Rakan-rakan saya mengatakan tindakan saya adalah gentleman. Tetapi saya telah dimarahi oleh orang-orang tua saya. Saya rasa mereka berotak kolot. Apakah pandangan dan nasihat tuan.

JAWAPAN DR. DANIAL

Yang Ikhlas yang dihormati. Saya bersyukur tentang keikhlasan saudara dan saya berharap itulah asas perbincangan kita. Dengan keikhlasan itu jugalah saya menulis jawapan ini kepada saudara.

Dunia pada hari ini sedang dilanda krisis. Satu di antaranya ialah krisis nilai. Krisis nilai inilah yang menjadi sebab keruntuhan Empayar Rom. Edward Gibbon dalam bukunya The History of Decline and Fall of the Roman Empire telah menulis bahawa: Segala dasar-dasar akhlak dan moral di Rom telah runtuh sehingga ramai orang memilih jalan untuk hidup bebas…..Di akhir abad keenam, Kerajaan Romawi Timur sedang berada di ambang keruntuhan yang paling dahsyat sekali!

Nabi datang untuk selamatkan kita dari kehancuran yang seperti itu. Nabi bersabda, Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. (Hadis riwayat Ahmad & Baihaqi)

Nilai akhlak inilah yang merupakan landasan dan kayu pengukur yang penting bagi kita.. Akhlak tidak menghalang kehendak-kehendak fitrah. Ia mencantikkannya. Sebagai contoh, Islam tidak pernah menyuruh kita menutup nafsu seks, sebaliknya menyalurkannya kepada suatu yang murni, selamat dan mendamaikan. Perkahwinan adalah salurannya. Alangkah indahnya firman Allah yang bermaksud: Isterimu adalah ladang bagimu maka datangilah isterimu dengan cara mana yang kamu mahu! (Surah Al-Baqarah ayat 223) Dalam bahasa mudah, selepas berkahwin, puaskanlah nafsumu dengan isterimu sesuka hatimu, melainkan dengan cara yang jelas telah diharamkan kerana kemudaratannya.

Saya harus mengatakan bahawa nilai pada hari ini banyak diasaskan kepada konsep Machiavellianisme yang dipopularkan oleh seorang pemikir dari Florence, Italy yang bernama Niccolo Machiavelli. Machiavelli, dalam bukunya The Prince telah menekankan konsep the end justifies the means ataupun niat membersihkan cara. Asalkan niat kita baik, berzinalah, menipulah, khianatilah, menyamunlah dan begitulah seterusnya. Semua adalah halal bagi Machiavelli.

Laporan akhbar 6 Ogos 1999 juga ada perkaitan dengan krisis nilai ini apabila seorang tokoh koporat berpangkat Datuk, telah menceritakan di mahkamah tentang hubungan seksnya dengan seorang pembaca berita RTM. Beliau mengatakan bahawa niatnya adalah suci kerana bertujuan untuk mengahwininya. Itulah nilai yang sedang melanda dunia sekarang: Seks adalah suci walaupun tanpa perkahwinan!

Memang ada yang mengatakan bahawa pergaulan dan seks bebas ini adalah lambang kemajuan dan kemodenan. Nilai agama dan akhlak adalah kolot. Jika demikian, mari kita perhatikan hasil dan sumbangan seks bebas kepada dunia. Seks bebas telah berjaya merebakkan penyakit AIDS, contohnya di Thailand, sehinggakan akhbar Der Spiegel pernah menjadikan tajuk AIDS in Asia – Killer Epidemic in Sex Paradise (AIDS di Asia – Wabak Pembunuh di Syurga Seks), sebagai tajuk muka depannya. Di California, hampir 61,000 bayi luar nikah dilahirkan pada tahun 1997. Kajian oleh Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Kemanusiaan Amerika mendapati bahawa anak-anak luar nikah ini mempunyai lebih daripada dua kali ganda kemungkinan diserang masalah emosi di dalam hidup mereka, berbanding dengan anak-anak lain (Rujukan: California Teenage Pregnancy Statistics).

Kita di Malaysia juga telah dimalukan dengan penonjolan kes pembuangan bayi luar nikah di kalangan remaja-remaja kita. Semua ini bukanlah sumbangan yang membanggakan bagi dunia moden.

Islam menekankan bahawa niat dan cara perlu betul.. Niat kena ikhlas, cara kena mengikut syariat. Syariat mengharamkan zina. Nabi kita bersabda, Selepas dosa syirik kepada Allah, tidak ada dosa yang lebih besar daripada seseorang meletakkan air maninya ke faraj yang tidak halal baginya! (Hadis riwayat Ahmad & Thabrani)

Saya berharap saudara Yang Ikhlas akan kembali ke jalan yang murni berdasarkan agama. Seks bebas dan keruntuhan moral bukannya lambang kemajuan sebaliknya lambang kemunduran dan kehancuran.

Kaum Lut hancur kerananya.Kota Pompei hancur kerananya.Empayar Rom juga hancur kerananya.Justeru, kembalilah ke pangkal jalan.
(Semoga jawapan ini juga mendatangkan manfaat kepada mereka yang lain)
Dr. Hasan Ali dan Ronnie Liu Berdamai

Isu kat Selangor ni memang jadi satu berita sensasi....hehehehe. Macam slogan satu stesen TV tu la....berita terkini hiburan sensasi...kena ubah la skit kot slogan tu....jadi "Hiburan Terkini, Berita Sensasi. Apa pun yang berlaku kat Selangor tu, aku ucapkan syabas kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Pemimpin yang besar-besar nih tak mudah melatah. Tengok Tuan Guru Hadi Awang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Saudara Lim Kit Siang, rilek jer depa dalam hal ni. Yang pasti lepas ni, semua majlis daerah, majlis perbandaran dan dewan bandaraya bolehlah memulakan karier sebagai tukang rampas arak kat mana-mana kedai yang berada di dalam kawasan majoriti Islam.

Lega rasanya hati bila dah selesai isu ni. Jadikanlah isu ni sebagai pengajaran dan pedoman sebelum mengambil apa-apa tindakan yang berkaitan dan boleh menjejaskan semangat perpaduan dalam Pakatan Rakyat. Media pengampu duk tunggu masa jer nak sensasikan cerita atau isu yang timbul. Tapi aku pasti, sehingga menjelangnya PRU13 yang kemungkinan besarnya akan diadakan pada tahun 2012, Pakatan Rakyat pasti akan diduga lagi dengan bermacam isu yang kita tak sangka akan di sensasikan oleh media pengampu BN.

Dua exco kerajaan Selangor yang bertelagah berhubung isu penjualan arak hari ini berdamai secara terbuka di depan wartawan di sidang media khas Pakatan Rakyat. Datuk Dr Hasan Ali, yang juga pesuruhjaya PAS negeri, dan Ronnie Liu, seorang ahli jawatankuasa pusat DAP, berjabat tangan di depan media, selain mengadakan sidang akhbar bersama. Turut hadir, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menyifatkan pergeseran terbuka antara kedua-dua "sudah selesai".“Masalah yang digembur-gemburkan di media tentang (isu di) Selangor itu telah selesai dengan baik. Dan ada bersama di sini, Menteri Besar (Selangor), Tan Sri Khalid Ibrahim, Datuk Dr Hasan dan Ronnie. “Saudara boleh ambil gambar mereka, kalau hendak salam, ikutlah,” kata Anwar berseloroh. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin popular DAP, Lim Kit Siang turut hadir dalam sidang media di Tropicana Golf Resort, Petaling Jaya selepas berakhirnya sesi pagi permukiman pemimpin utama gabungan pembangkang itu.

Penasihat PKR itu menegaskan, Pakatan Rakyat tetapi mengambil pendirian tidak menggalakkan penjualan arak kepada orang Islam, tetapi penjualan kepada bukan Islam kekal seperti biasa. Hasan, exco hal-ehwal Islam, dan Ronnie, exco kerajaan tempatan, dalam sidang media bersama selepas sidang media Anwar, menyifatkan “masalah kecil” antara mereka sengaja diperbesar-besarkan Umno dan media yang mahu mengambil kesempatan.

Hasan menafikan mereka berdua mendapat arahan pimpinan tertinggi Pakatan supaya menutup kes tersebut bagi memberikan gambaran baik hubungan PAS dan DAP di depan umum. “Kamu media, kita tutup pun, kamu buka juga. Perbincangan dalam media ini natural. Saya nampak rakyat Selangor berbeza dengan di tempat (negeri) lain. “Suatu perkara yang hendak disampaikan, mereka sudah ada ilmu tentang perkara itu. Kalau media hendak main pun, tak makan (tidak berkesan),” kata ADUN Gombak Setia.

Ronnie pula berkata, PAS dan DAP tidak perlu takut pada perbezaan antara kedua-duanya kerana sentiasa ada penyelesaian untuk terus bekerjasama. “Isu ini telah selesai. Kita sudah ada kawalan kendiri, kita tinggalkan perkara itu sebagai percubaan (selama sebulan). Kita tunggulah hasil yang memuaskan selepas ini,” kata ADUN Pandamaran. Kedua-dua mereka berkata, desakan menarik balik portfolio kerajaan tempatan yang dipegang Ronnie tidak lagi timbul apabila menteri besar membuat keputusannya.

Cinta Rasul saw dan Pengampunan Dosa

Cinta, kasih dan sayang mempunyai impak yang besar di dalam kehidupan manusia. Cinta dapat merubah kehidupan manusia. Dari pesimis menjadi optimis, dari sedih menjadi bahagia, dan lainnya. Ala kulli hal, cinta dapat menimbulkan getaran gelombang yang dapat merubah kehidupan manusia. Ibnu Arabi membahagikan cinta menjadi: cinta haiwani, cinta insani, dan cinta Ilahi. Cinta haiwani menjadikan manusia berperilaku seperti haiwan. Dengan cinta insani manusia dapat mengakualkan sifat-sifat insaniyahnya. Sementara Cinta Ilahi memiliki tingkat yang tertinggi. Getaran gelombang cinta inilah yang dapat menghapuskan dosa-dosa kita, dan mengjuruskan kita pada kebahagiaan yang sejati.

Allah swt berfirman:

“Katakanlah: Jika kalian (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mencintai kalian dan mengampuni dosa-dosa kalian. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Ali-Imran: 31)

Cinta Ilahi disyaratkan harus mengikuti tapak-tilas suci Rasulullah saw. Dan itu tak akan terjadi tanpa cinta kepada Rasulullah saw. Kerana gelombang cinta itulah yang mengerakkan kita untuk mengikuti jejaknya. Cinta kepada Rasulullah saw merupakan getaran dalam hati, dan mengikuti jejaknya merupakan refleksi cinta. Jadi, getaran gelombang cinta Rasul saw itulah yang menghapuskan dosa-dosa kita. Dengan kata lain, getaran gelombang cinta itulah yang merobek tirai-tiran hitam dalam hati kita.

Dengan tersingkapnya tirai-tirai hitam itu, maka cahaya rahmat Allah swt dapat menembus dan memasuki hati kita sehingga kita merasakan indahnya kebahagiaan yang sejati.Dengan narasi yang sangat indah Imam Ali Zainal Abidin (sa) mengajarkan doa cinta kepada kita:

"Dengan Asma-Mu Yang Mahakasih dan Mahasayang Aku memohon cinta-Mu, cinta orang yang mencintai-Mu, dan cinta amal yang membawaku ke samping-Mu. Jadikan Engkau lebih aku cintai daripada selain-Mu. Jadikan cintaku pada-Mu membimbingku pada ridha-Mu. Jadikan kerinduanku pada-Mu mencegahku dari maksiat atas-Mu. Anugerahkan padaku memandang-Mu. Tataplah diriku dengan tatapan kasih sayang. Jangan palingkan wajah-Mu dariku. Jadikan aku di antara penerima anugerah dan kurnia-Mu wahai Pemberi Ijabah ya Arhamar rahimin".

Sumber : http://idhamlim.blogspot.com/2009/08/cinta-rasul-saw-dan-pengampunan-dosa.html
Tazkirah Ramadhan

InsyaAllah tidak berapa lama lagi kita akan bertemu dengan Ramadhan lagi, bulan yang penuh dengan keberkatan yang dijanjikan oleh Allah swt kepada kita dan umat Islam seluruh dunia akan menyambut ketibaan bulan Ramadan al-Mubarak. Bulan yang penuh keberkatan, limpahan rahmat dan keampunan dari Allah s.w.t. maka tidak hairanlah apabila hampir tibanya bulan Ramadan Rasul Allah s.a.w. dan para sahabat begitu gembira serta tidak sabar menanti ketibaannya. Mudah-mudahan kita juga bergembira dan terasa rindu untuk menyambut kehadiran bulan yang mulia ini.

Sebelum kita pergi lebih jauh marilah kita melihat apakah yang dikatakan puasa itu ? Puasa merupakan satu rukun daripada rukun Islam yang lima. Puasa bukan sahaja menahan diri daripada tidak makan dan minum disiang hari tatapi hendaklah menepati dan mematuhi segala syarat-syarat dan rukun-rukunnya termasuk perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa. Puasa adalah suatu ibadah yang wajib dilakukan oleh setiap muslim yang mukalaf dan tiada keuzuran syari', puasa dapat membentuk peribadi seseorang itu benar-benar bertakwa kepada Allah dan hidup dengan semangat yang tinggi bagi membela manusia terutama yang kurang bernasib baik dalam membentuk masyarakat dengan penuh sifat kasih sayang dan tolong menolong. Puasa juga mampu membentuk masyarakat yang mulia dan diredhai Allah s.w.t. Puasa juga adalah merupakan satu pendidikan terhadap jiwa dan mampu mengangkat darjat orang yang mengerjakannya dengan kedudukan yang tinggi dan mulai di sisi Allah. Dengan berpuasa, manusia dapat mempelajari satu hikmah iaitu bagaimana untuk memperbaiki sikap atau akhlak daripada sifat suka menurut hawa nafsu seperti hidup tertumpu kepada makan, minum dan memenuhkan perutnya sahaja kepada kehidupan yang sebenar yang dikehendaki oleh Allah s.w.t.

Justeru, sebagai manusia kita begitu susah untuk memiliki sifat sabar dan kita sentiasa terdorong di bawah runtunan hawa nafsu. Maka, dengan berpuasa jika ia berjaya dilaksanakan ia mampu memupuk kesabaran dan memberikan kekuatan untuk melawan segala kehendak hawa nafsu, sekaligus ia akan mendidik manusia membiasakan diri untuk menghadapi berbagai-bagai kesusahan serta teguh menghadapi rintangan bagi menuju kepada kesempurnaan dan kemuliaan dalam kehidupan seharian, itulah hikmah yang tersembunyi di sebalik ibadah puasa. Seorang yang menjalani ibadat puasa, apakah rahsia yang tersembunyi di dalam dirinya yang dapat menghalang dia daripada makan dan minum, kalaulah tidak kerana keimanannya kepada Allah ? Apakah benteng yang menghalangnya daripada melakukan maksiat, kalau tidak ada keimanannya kepada Allah? Justeru, keimanan seseorang muslim yang mendalam terhadap Allah itulah yang menjadikan dia patuh kepada segala perintah Allah, setiap yang disuruh dikerjakannya dan apa yang dilarang ditinggalkannya. Begitu juga, seseorang akan segera bertaubat, menyesal dan kembali kepada Allah sekiranya melakukan sesuatu larangan yang ditegah oleh Allah. Lantaran itulah keimanan menjadikan kita penuh ikhlas dan suci hati mengerjakan ibadah puasa yang difardhukan. Puasa juga membersihkan jiwa daripada terlampau mengejar dunia dan bermati-matian bertungkus lumus mencari keseronokan hidup. Dengan ini, perasaan cintakan kebendaan tidak berjaya mencengkam ke atas perjalanan hidup manusia sehingga terciptalah satu corak kehidupan yang dipenuhi dengan berbagai kelebihan dan keperibadian yang tinggi, pelbagai hikmat dan fadhilat dapat diperolehi dari berpuasa.

Antara fadhilat-fadhilat yang terdapat dalam ibadat puasa telah ditegaskan oleh Allah s.w.t. di dalam

surah al-Ankabut ayat 58 : yang bermaksud :

" Dan orang-orang yang beriman serta beramal Soleh, kami akan tempatkan mereka dalam mahligai-mahligai di Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, demikianlah balasan yang sebaik-baiknya bagi orang-orang yang beramal soleh ".

Hadis daripada Rasulullah s.a.w. yang berbunyi :

"الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمُعَةُ إِلَى الْجُمُعَةِ وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانِ مُكَفِّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ إِذَا اجْتَنَبَ الْكَبَائِرَ."

Maksudnya : " Solat lima waktu yang didirikan satu Jumaat ke Jumaat yang berikutnya dan satu Ramadan kepada Ramadan yang berikutnya maka akan menghapuskan dosa-dosa antara keduanya selama mana dijauhi dosa-dosa besar " ( H.R. Muslim )

Dalam menjalani ibadah puasa, kita akan dapat merasai hikmah yang indah dan faedah yang besar seterusnya kita akan bersyukur kepada Allah yang memfardukan puasa ke atas kaum muslimim. Dengan kita mentaati segala syarat-syaratnya dan menunaikannya dengan sebaik-baik yang dikehendaki, akan jadilah kita seorang muslim yang bertakwa kepada Allah sepertimana

Sabda Rasulullah s.a.w. :

"اَلصِّيَامُ جُنَّةٌ مَالَمْ يَخْرِقْهَا بِكَذِبٍ اَوْ بِنَمِيْمَةٍ."

Maksudnya : " Puasa itu adalah perisai selama ia tidak dirosakkan dengan sebab berbohong atau mengumpat " .

Dan dalam Hadis yang lain Nabi s.a.w. bersabda :

"لَيْسَ الصِّيَامُ مِنَ الأَكْلِ وَالشُّرْبِ إِنَّمَا الصِّيَامُ مِنَ اللَّغْوِ وَالرَّفْثِ."

Bermaksud : " Bukanlah berpuasa itu menahan diri daripada makan dan minum sahaja, akan tetapi berpuasa itu juga menahan diri daripada berkata-kata dengan perkataan-perlataan yang kotor dan kata-kata kesat ".

Di sini jelaslah kepada kita bahawa puasa itu merupakan satu perisai yang akan melindungi dari kehancuran jiwa, kerosakan perjalanan hidup, melindungi diri dari terjerumus ke dalam golongan manusia yang tidak memiliki sifat sabar, tolong menolong dan simpati di antara satu sama lain, puasa juga akan menjadi perisai memberikan keteguhan hati dalam bertakwa kepada Allah. Kebanyakan kita telah mengetahui bahawa mengikut ilmu psikologi setiap orang yang dilahirkan ke alam dunia ini mempunyai beberapa kehendak dan naluri. Justeru, naluri-naluri tersebut perlukan kepada bimbingan dan didikan supaya ia menjadi subur dan berkembang mengikut kehendak yang ditetapkan oleh syariat Islam. Dalam perkara seperti ini langkah yang paling berkesan ialah dengan berpuasa. Dimana dengan berpuasa mengajar manusia supaya makan sekadar yang patut sahaja dan menahan nafsu dari segala keinginan yang bertentangan dengan syariat agama. Selain dari itu seseorang yang berpuasa boleh mencapai puasa yang istimewa dengan enam syarat. Maka sempena kita akan menyambut Ramadan beberapa hari lagi, marilah kita berazam melaksanakannya dengan persediaan berikut :

1. Hendaklah menjaga mata daripada memandang perkara-perkara yang dicela oleh agama yang mana akan melalaikan hati serta jauh dari mengingati Allah.
2. Hendaklah memelihara lidah dari berbohong, bercakap dusta, bermusuh-musuhan dan membangga-bangga diri.
3. Hendaklah menjaga telinga dari mendengar perkara-perkara yang tidak baik dan haram, kerana Allah menyamakan mendengar perkara yang haram itu seperti memakan yang haram.
4. Menghindarkan anggota badan yang lain dari berbuat dosa dan perkara-perkara yang dilarang.
5. Jangan makan terlalu banyak ketika berbuka sampai penuh perutnya.
6. Hendaklah hati kita itu merasa goncang antara harap dan cemas setelah selesai berbuka sebab kita tidak tahu apakah puasa kita itu diterima oleh Allah atau ditolak.

Oleh yang demikian marilah kita meraikan bulan puasa yang mulia yang bakal tiba dengan penuh perasaan gembira dan marilah kita gunakan peluang keemasan yang diberi Allah untuk mengerjakan amal kebajikan dan menjauhkan segala amalan yang dimurkai Allah. Hanya orang yang berpuasa sahajalah akan meresap ke dalam jiwanya sifat-sifat yang luhur dan bersikap sederhana dalam segala tindak tanduk serta tidak melampaui batas. Orang yang berjaya dididik oleh puasa akan bertambah rajin dan berperibadi mulia, sihat, berdisiplin, cekap lagi beramanah, bertakwa kepada Allah suka berjuang untuk agama, masyarakat dan negara.

Maksudnya :
"( Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah ) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan antara yang benar dan salah. Oleh itu, setiap yang di antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu. Dan sesiapa yang sakit atau musafir maka bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dengan ketetapan yang demikian itu Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa sebulan Ramadhan dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuknya dan supaya kamu bersyukur ". ( Surah al-Baqarah ayat : 185 )
Kalau ALLAH itu Maha Adil. Mengapa Buat Neraka?

Ini kisah benar.....kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks membeli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat. Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam. Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat.

Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat,

"Lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan.....peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga...kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak

"Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?"

Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu...dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung. Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:

"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga... Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:

"Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga...perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah...mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi:

"Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:

"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.Assalamu'alaikum. "
Hanya Salah Faham - Ronnie Liu

Ronnie Liu menafikan berulangkali tuduhan bahawa beliau campurtangan dalam keputusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk merampas minuman keras dalam satu serbuan yang dilakukan. Liu berkata pembabitannya dalam kontroversi tersebut hanyalah terhad kepada 'menasihatkan' MBSA bahawa serbuan ke atas kedai 7-11 di Seksyen 8, Shah Alam adalah tidak sah dan tidak selari dengan dasar kerajaan negeri.

"Bila saya bertanya kepada pengarah pelesenan, dia berkata dia tahu yang dia tiada ada kuasa (untuk mengarahkan serbuan tersebut), dan dia mengaku telah melakukan satu kesilapan, tetapi berkata dia bertindak kerana tekanan dari beberapa ahli majlis yang dia tidak mahu menyebut nama mereka"

"Apa yang jelas ialah tidak ada arahan dari datuk bandar, atau setiausaha majlis. Dia buat keputusan sendiri. Rayuan dari ahli majlis tidak boleh dianggap sebagai arahan. Jadi terdapat kesilapan yang dilakukan oleh pengarah pelesenan," kata Liu.

Beliau percaya pegawai MBSA atau ahli majlis mungkin salah faham dengan Akta Eksais 1976, yang menyebut bahawa lesen minuman keras tidak diperlukan bagi menjual minuman dengan kandungan alkohol kurang daripada 8.8 peratus.

"Dalam Bahasa Malaysia, tidak terdapat terjemahan yang tepat bagi minuman keras. (Istilah) bir hanyalah terjemahan terus. Orang Islam mungkin tidak faham istilah ini. Tetapi bukan Islam dapat membezakan bir daripada arak"

"(Dalam istilah perundangan) bir didefinisikan sebagai 'minuman keras'. Tidak ada deskripsi yang lebih tepat (daripada itu)," kata Liu, yang bidangkuasanya sebagai exco negeri termasuk memantau perjalanan majlis daerah.

Katanya, dalam perjumpaan tersebut, beliau menjelaskan kepada mereka dasar kerajaan negeri dan kesan serbuan tersebut, dan ianya adalah keputusan MBSA sendiri untuk memulangkan bir bernilai RM600 kepada kedai berkenaan. Isu tersebut telah dianggap oleh sesetengah pihak sebagai satu penghinaan besar terhadap umat Islam, sehingga Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali, mendesak supaya Liu digugurkan daripada menjadi exco kerajaan negeri atau ditukar portfolionya kerana didakwa mengganggu bidangkuasa MBSA.

"Saya mesti menyatakan bahawa hubungan saya dengan Datuk Hassan adalah amat baik. Insiden tersebut tidak menjejaskan hubungan kami. Beliau adalah kawan dan rakan (exco). Kami akan terus bekerjasama. Orang yang mahu mengambil kesempatan daripada situasi tersebut, seperti bekas menteri besar (Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo), harus berhenti daripada bermimpi kerana kami akan terus bekerjasama," tegas Liu.

Beliau juga berterima kasih kepasa Dewan Pemuda PAS Selangor yang mengambil inisiatif untuk mengadakan pertemuan dengannya Selasa lalu untuk mendengar sendiri daripadanya mengenai kontroversi tersebut.
Sumber : http://amkj.blogspot.com/2009/08/satu-salah-faham.html
PAS Kukuh Bersama Pakatan Rakyat - Tuan Guru Nik Aziz

Pas tidak akan melayan sebarang gesaan Umno supaya ia keluar daripada Pakatan Rakyat, kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Beliau berkata Pas tidak mudah terpengaruh dengan desakan mana-mana pihak dalam menentukan pendiriannya berhubung semangat setia kawan dalam pakatan dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat itu. Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian hari ini ketika diminta mengulas cabaran Pergerakan Pemuda Umno supaya parti itu keluar dari pakatan pembangkang berikutan kemelut yang melanda dalam gabungan itu sejak kebelakangan ini.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, telah menggesa Pas supaya keluar dari pakatan itu ekoran tindak-tanduk DAP terhadap Pas. Nik Aziz berkata keputusan Pas tidak mahu keluar daripada Pakatan Rakyat sudahpun dibuat dalam Muktamar Pas di Ipoh tidak lama dahulu.

Sumber : http://amkj.blogspot.com/2009/08/pas-kukuh-bersama-pakatan-rakyat.html