Sekadar Renungan dan Panduan Hati

Firman Allah s.w.t:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” Al-Hujuraat ayat 12

Rasullullah s.a.w. bersabda :


“Wahai golongan orang-orang yang telah beriman lidahnya, tetapi belum beriman pula hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslimin dan jangan pula mengintip-intip keaiban-keaibannya. Sebab barangsiapa yang mengintip keaiban saudaranya, niscaya Allah akan mengintip keaibannya, dan siapa yang Allah mengintip keaibannya, nescaya Dia akan mendedahkannya, meskipun ia berada di tengah-tengah rumahnya.”


Rasulullah s.a.w. bersabda :


“Setiap orang Muslim atas Muslim yang lain haram darahnya (tidak boleh membunuhnya tanpa hak), haram hartanya (tidak boleh merampasnya) dan haram kehormatannya (tidak boleh mengumpatnya).”

Dr. Hasan Ali dan Ronnie Liu Berdamai

Isu kat Selangor ni memang jadi satu berita sensasi....hehehehe. Macam slogan satu stesen TV tu la....berita terkini hiburan sensasi...kena ubah la skit kot slogan tu....jadi "Hiburan Terkini, Berita Sensasi. Apa pun yang berlaku kat Selangor tu, aku ucapkan syabas kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Pemimpin yang besar-besar nih tak mudah melatah. Tengok Tuan Guru Hadi Awang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Saudara Lim Kit Siang, rilek jer depa dalam hal ni. Yang pasti lepas ni, semua majlis daerah, majlis perbandaran dan dewan bandaraya bolehlah memulakan karier sebagai tukang rampas arak kat mana-mana kedai yang berada di dalam kawasan majoriti Islam.

Lega rasanya hati bila dah selesai isu ni. Jadikanlah isu ni sebagai pengajaran dan pedoman sebelum mengambil apa-apa tindakan yang berkaitan dan boleh menjejaskan semangat perpaduan dalam Pakatan Rakyat. Media pengampu duk tunggu masa jer nak sensasikan cerita atau isu yang timbul. Tapi aku pasti, sehingga menjelangnya PRU13 yang kemungkinan besarnya akan diadakan pada tahun 2012, Pakatan Rakyat pasti akan diduga lagi dengan bermacam isu yang kita tak sangka akan di sensasikan oleh media pengampu BN.

Dua exco kerajaan Selangor yang bertelagah berhubung isu penjualan arak hari ini berdamai secara terbuka di depan wartawan di sidang media khas Pakatan Rakyat. Datuk Dr Hasan Ali, yang juga pesuruhjaya PAS negeri, dan Ronnie Liu, seorang ahli jawatankuasa pusat DAP, berjabat tangan di depan media, selain mengadakan sidang akhbar bersama. Turut hadir, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menyifatkan pergeseran terbuka antara kedua-dua "sudah selesai".“Masalah yang digembur-gemburkan di media tentang (isu di) Selangor itu telah selesai dengan baik. Dan ada bersama di sini, Menteri Besar (Selangor), Tan Sri Khalid Ibrahim, Datuk Dr Hasan dan Ronnie. “Saudara boleh ambil gambar mereka, kalau hendak salam, ikutlah,” kata Anwar berseloroh. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin popular DAP, Lim Kit Siang turut hadir dalam sidang media di Tropicana Golf Resort, Petaling Jaya selepas berakhirnya sesi pagi permukiman pemimpin utama gabungan pembangkang itu.

Penasihat PKR itu menegaskan, Pakatan Rakyat tetapi mengambil pendirian tidak menggalakkan penjualan arak kepada orang Islam, tetapi penjualan kepada bukan Islam kekal seperti biasa. Hasan, exco hal-ehwal Islam, dan Ronnie, exco kerajaan tempatan, dalam sidang media bersama selepas sidang media Anwar, menyifatkan “masalah kecil” antara mereka sengaja diperbesar-besarkan Umno dan media yang mahu mengambil kesempatan.

Hasan menafikan mereka berdua mendapat arahan pimpinan tertinggi Pakatan supaya menutup kes tersebut bagi memberikan gambaran baik hubungan PAS dan DAP di depan umum. “Kamu media, kita tutup pun, kamu buka juga. Perbincangan dalam media ini natural. Saya nampak rakyat Selangor berbeza dengan di tempat (negeri) lain. “Suatu perkara yang hendak disampaikan, mereka sudah ada ilmu tentang perkara itu. Kalau media hendak main pun, tak makan (tidak berkesan),” kata ADUN Gombak Setia.

Ronnie pula berkata, PAS dan DAP tidak perlu takut pada perbezaan antara kedua-duanya kerana sentiasa ada penyelesaian untuk terus bekerjasama. “Isu ini telah selesai. Kita sudah ada kawalan kendiri, kita tinggalkan perkara itu sebagai percubaan (selama sebulan). Kita tunggulah hasil yang memuaskan selepas ini,” kata ADUN Pandamaran. Kedua-dua mereka berkata, desakan menarik balik portfolio kerajaan tempatan yang dipegang Ronnie tidak lagi timbul apabila menteri besar membuat keputusannya.

Tiada ulasan: