Usaha UMNO Supaya Orang Bukan Islam Menjauhi PAS
Umno-BN terlalu bimbang akan perkembangan mutakhir ini yang melibatkan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat yang amat luar biasa. Kebanyakan rakyat tanpa takut dan segan lagi menghadiri program yang dianjurkan PR. Khususnya PAS yang mempunyai dasar Islam dan ingin menegakkan keadilan dan kebajikan untuk semua rakyat Malaysia. Sebab Islam tidak menganjurkan umatnya memperjuangkan bangsa semata-mata, namun Islam mengajak kepada global. Islam adalah untuk semua.
Selepas PRU 12, kaum-kaum bukan Melayu berduyun-duyun mendekati PAS-PR. Sehinggakan tertubuhnya Kelab Penyokong PAS (KPP). Dianggarkan ahli KPP kira-kira 20,000 orang telah disertai oleh rakyat pelbagai kaum (Cina dan India).
Perkembangan terbaru, PAS dijangka akan meletakkan calon daripada kalangan KPP dalam PRU 13 akan datang.
Perjuangan PAS selama ini sering disalah anggap dengan ekstrimis, ganas, dan keras. Selama PAS ditubuhkan, Umno-BN sentiasa "menyerang" PAS dengan pelbagai dakyah kotor.
Umno berusaha bersungguh-sungguh agar rakyat takut untuk bersama dengan PAS. Umno cuba gambarkan yang PAS adalah parti ustaz-ustaz yang taksub, jumud dan ekstrimis. Gambaran itu juga dibuat agar masyarakat bukan Islam menjadi takut untuk mendekati PAS.
Sehinggakan di Terengganu, dalam pilihanraya yang lepas-lepas, ada tertampal poster karikatur kartun orang PAS sedang mengejar orang Cina dengan parang. Seolah-olah ingin mengkhatankan orang Cina tersebut.
Begitu kotornya pemikiran orang Umno. Mengada-adakan benda yang tidak berlaku. Kononnya PAS akan memaksa orang bukan Islam masuk Islam dan sebagainya. Padahal dalam sejarah Islam ketika terbinanya kerajaan Islam pertama di Madinah, rakyat Madinah yang berbilang kaum hidup aman sentosa di bawah pemerintahan Islam yang dipimpin oleh Rasulullah. Orang yang bukan beragama Islam tidak sedikit pun dipinggirkan bahkan hak-hak mereka diberikan dan keadilan untuk mereka juga dilaksanakan.
Namun sekarang, sejak PRU 12, orang bukan Islam (Cina dan India) mulai faham dengan perjuangan PAS. Mereka sudah berani mendekati PAS, bahkan menyuarakan ingin menyertai PAS dengan beramai-ramai.
Ketika pilihanraya, mereka tidak segan dan takut bersama-sama berkempen untuk memenangkan calon PAS. Bahkan ada dikalangan mereka memakai baju yang tertera "saya sokong tok guru". Dan lebih mengharukan lagi, mereka tidak segan menaikkan bunting dan banner yang tertera "Parti Islam Semalaysia PAS". Lebih terangsang lagi, mereka ini turut sama bertakbir bersama-sama dengan penyokong PAS yang lain. Cukup terkesan dakwah dalam PAS.
Namun, dalam diam, rupa-rupanya ada juga orang yang mengaku Islam, muka Islam, nama Islam tidak senang duduk. Mereka runsing dengan perkembangan ini. Mereka merasa boleh mendatangkan kesusahan kepada mereka dan politik mereka.
Mereka cukup takut orang Cina dan India telah mendekati PAS dan dalam masa yang sama boleh menyertai PAS. Mereka seperti dirasuk, cuba menjalankan kerja jahat mereka untuk menjauhkan orang bukan Islam dengan perjuangan PAS.
Secara tidak sengaja mereka ini cuba menyekat kerja-kerja dakwah ke arah perkembangan Islam. Alangkah malangnya ada juga manusia sejenis ini di dunia mutakhir ini. Mereka ini cuba menghalang orang bukan Islam memahami Islam. Alangkah berdosanya kita menyekat orang bukan Islam untuk menyertai perjuangan Islam. Tunggu dakwaan ke atas mereka di hari Akhirat.
Dalam kes arak di Selangor, mereka yang bertopengkan Islam ini cuba mencipta kebencian orang bukan Islam terhadap tindakan PAS menghalang penjualan arak di premis-premis yang berada di kawasan majoriti orang Islam.
Mereka ini cuba melaga-lagakan PAS dan orang bukan Islam dengan kononnya mereka bersama-sama dengan PAS dalam tindakan itu.
Mereka juga cuba memprovokasi yang PAS tidak tegas dalam melaksanakan hukum Islam akhir-akhir ini agar orang bukan Islam kembali takut dengan PAS. Mereka cuba mengada-adakan benda yang tiada agar orang Cina akan bermusuhan dengan PAS.
Mereka juga mengharapkan penyokong-penyokong akar umbi PAS merasa marah dengan pemimpin atasan yang ingin menerima KPP sebagai ahli PAS. Konon ianya boleh merosakkan PAS. Cuba memprovokasi yang PAS sanggup terima DAP sebagai rakan kongsi sedangkan Umno yang dakwanya Islam dipinggirkan. Mereka memang berusaha untuk memporak perandakan PAS-PR agar kedudukan mereka tidak tergugat.
Betapa jahatnya manusia yang bertopengkan Islam ini tapi menghalang kerja-kerja Islam. Manusia jenis ini sepatutnya dihapuskan di bumi kita ini.
Itulah rupa Umno yang kononnya memperjuangkan Islam dan kesucian Islam. Tapi tindakan mereka tidak menyerupai orang Islam.
Kepada orang yang mengaku Islam, hindarilah daripada bersekongkol dengan Umno jika tidak ingin terjebak dalam dosa yang merosakkan amal kebajikan kita selama ini. Jangan kerana kepentingan sementara, kita sanggup menjadi penyokong kepada gerakan yang menyekat perkembangan Islam di Malaysia. Kerana Allah akan melaknati orang-orang yang menjual ayat-ayat (ajaran Islam) dengan harga yang murah.
ISLAM for ALL
PAS for ALL
Sumber : http://warkahdaily.blogspot.com/2009/08/umno-berusaha-agar-orang-bukan-islam.html
Kenapa MIMOS YANG DI AUDIT BUKAN MY DIGITAL ID?
-

PERTANYAAN KEPADA MENTERI
Soalan:
Minta MENTERI memberikan penjelasan berhubung tadbir urus dan perlaksanaan
projek My Digital ID, khususnya melibatk...
4 minggu yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan