Sekadar Renungan dan Panduan Hati

Firman Allah s.w.t:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” Al-Hujuraat ayat 12

Rasullullah s.a.w. bersabda :


“Wahai golongan orang-orang yang telah beriman lidahnya, tetapi belum beriman pula hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslimin dan jangan pula mengintip-intip keaiban-keaibannya. Sebab barangsiapa yang mengintip keaiban saudaranya, niscaya Allah akan mengintip keaibannya, dan siapa yang Allah mengintip keaibannya, nescaya Dia akan mendedahkannya, meskipun ia berada di tengah-tengah rumahnya.”


Rasulullah s.a.w. bersabda :


“Setiap orang Muslim atas Muslim yang lain haram darahnya (tidak boleh membunuhnya tanpa hak), haram hartanya (tidak boleh merampasnya) dan haram kehormatannya (tidak boleh mengumpatnya).”

PAS Kukuh Bersama Pakatan Rakyat - Tuan Guru Nik Aziz

Pas tidak akan melayan sebarang gesaan Umno supaya ia keluar daripada Pakatan Rakyat, kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Beliau berkata Pas tidak mudah terpengaruh dengan desakan mana-mana pihak dalam menentukan pendiriannya berhubung semangat setia kawan dalam pakatan dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat itu. Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian hari ini ketika diminta mengulas cabaran Pergerakan Pemuda Umno supaya parti itu keluar dari pakatan pembangkang berikutan kemelut yang melanda dalam gabungan itu sejak kebelakangan ini.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, telah menggesa Pas supaya keluar dari pakatan itu ekoran tindak-tanduk DAP terhadap Pas. Nik Aziz berkata keputusan Pas tidak mahu keluar daripada Pakatan Rakyat sudahpun dibuat dalam Muktamar Pas di Ipoh tidak lama dahulu.

Sumber : http://amkj.blogspot.com/2009/08/pas-kukuh-bersama-pakatan-rakyat.html

Tiada ulasan: